Pucuk pimpinan Pakatan Rakyat memberi persetujuan jitu kepada usaha mendaftar gagasan itu sebagai sebuah entiti politik.
Ketua Umum, Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada percanggahan pendapat di kalangan pemimpin mengenai perkara itu.
Menurut beliau, butiran terperinci perjalanan Pakatan Rakyat setelah didaftarkan bakal dirumus kemudian.
“Keputusan untuk mendaftar dulu tu memang keputusan bersama, Tuan Guru Ustaz Abdul Hadi Awang dan YB Kit Siang dan lain-lain, cuma yang dia bangkitkan ialah kerana kita setuju daftar kita belum setuju kerangka terperinci dan ini yang dia rasa perlu masa, jadi ada silap faham di sini ada orang mengatakan you formalize base on prelimanary term of reference constitution with not be resolve, so I think no problem with that”, jelas Anwar.
Anwar berkata demikian apabila ditanya oleh wartawan laporan kononnya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata tidak ada keperluan mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti.
Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata gagasan itu akan memberi kerjasama penuh kepada Pendaftar Pertubuhan untuk memastikan gagasan itu dapat didaftarkan secepat mungkin.
“Kita putuskan yang penting dasar Pakatan Rakyat, itu keutamaan kita, pendaftaran yang kita kata pendaftaran Jawatankuasa Sementara (Penaja), pendaftaran cara rasmi parti itu belum, melainkan pendaftar bagi kesempatan kena cepatkan mesyuarat, kalau pendaftar betul-betul nak cepat, pendaftar pertubuhan, saya akan panggil mesyuarat minggu depan”, tegasnya lagi.
Dalam pada itu, Hadi sendiri menafikan beliau membantah langkah mendaftar Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti politik.
Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri berkata wartawan akhbar Cina telah menyalah tafsir kenyataan Hadi.
“Sebenarnya ada silap faham dari segi orang yang mencatatkan maklumat. Pada dasarnya Tuan Guru Haji Hadi jelas bahawa pendaftaran yang kita katakan pendaftaran Pakaran Rakyat itu masih dalam proses dan sekarang ini berada di ROS. Apa yang dimaksudkan ialah bukan masa untuk setiap parti itu, bergabung menjadi satu parti”, kata Dr Ahmad Samsuri. – NIZAM (TVS)
PKR, DAP, PAS Tidak Akan Tergesa-Gesa Daftar Pakatan Pembangkang
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pakatan pembangkang yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS belum lagi mendaftarkan pakatan itu sebagai sebuah parti politik kerana tidak mahu bertindak secara tergesa-gesa.
Beliau menjelaskan yang penting sekarang adalah untuk mencapai kejayaan dalam matlamat politik dan dapat bekerjasama dengan mengemukakan pandangan masing-masing walaupun wujud perbezaan ideologi.
Abdul Hadi turut menasihatkan penulis blog agar menyampaikan maklumat yang betul kerana mereka memainkan peranan penting dalam menyalurkan berita kepada masyarakat.
“Para penulis blog perlu mencontohi sikap positif media barat kerana mereka merupakan satu bentuk media baru yang banyak membantu menyedarkan masyarakat sehingga memberi kemenangan kepada pakatan pembangkang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Blogger PAS anjuran Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat di Markas Tarbiyyah PAS, Taman Melewar dekat sini hari ini. – BERNAMA
Pendaftaran Pakatan Rakyat di tangan ROS – Presiden PAS
KUALA LUMPUR, 22 Dis: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan, apa yang dimaksudkan oleh beliau dalam kenyataannya baru-baru ini adalah Pakatan Rakyat masih belum dapat didaftarkan secara rasmi kerana ia masih dalam proses pertimbangan Pendaftar Pertubuhan atau ROS.
Penjelasan ini diberikan oleh beliau kepada Harakahdaily ekoran kekeliruan yang dibuat oleh media berdasarkan kenyataan beliau sebelum ini.
Setiausaha Politik beliau, Dr Ahmad Shamsury Mokhtar berkata, beliau telah diminta menjelaskan perkara ini oleh presiden PAS itu.
“Saya telah dihubungi oleh Tuan Guru Presiden Parti Islam Se Malaysia (PAS) pada hari ini dan telah dimaklumkan oleh Tuan Guru bahawa apa yang sebenarnya dimaksudkan oleh beliau adalah:
“bahawa penubuhan Parti Pakatan Rakyat yang telah dipersetujui secara bersama oleh ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat ini belum dapat didaftarkan secara rasmi kerana ianya masih dalam proses pertimbangan kelulusan oleh pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS),” katanya.
Ustaz Hadi ketika bercakap kepada media selepas Konvensyen Blogger PAS dilaporkan berkata, tidak perlu terburu-buru untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat.
Ekoran itu, sebuah akhbar Cina melaporkan kononnya PAS tidak berminat untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat.
Dengan penjelasan ini bermakna, Ustaz Hadi bermaksud, Pakatan masih belum dapat didaftarkan secara rasmi kerana ia terletak di tangan ROS.
Dalam pada itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, pendaftaran Pakatan Rakyat mengambil masa sedikit kerana ia hak ROS. -Harakahdaily
Posted by alharakah
Peguam kepada bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Rosli Dahlan mendakwa beliau adalah mangsa konspirasi jahat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Bercakap sewaktu merasmikan konvensyen blogger di Taman Melewar hari ini, Hadi berkata tidak semua yang benar boleh didedahkan apatah lagi jika yang benar itu boleh membawa kepada mudarat yang besar terhadap masyarakat.
Beliau turut mengakui bahawa peranan blog cukup penting di kurun ke 21 ini.
Lebih 300 peserta hadir menyertai konvensyen blogger kali ini.
Sebuah akhbar tempatan melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan kegagalan ramai Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk hadir pada sidang Dewan Rakyat bagi meluluskan Bajet 2010 Isnin lalu adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan tindakan sewajarnya akan diambil.
Mahkamah Tinggi di sini akan mendengar pada Rabu depan permohonan Jazimin Abdul Jalil, bapa kanak-kanak yang diculik dan dibunuh, Nurin Jazlin, bagi meminda pernyataan tuntutannya untuk turut menamakan Lans Koperal Amran Arifin sebagai defendan dalam kes saman itu.
Pelakon drama bersiri popular “Gerak Khas”, Farid Amirul Hisham Abdullah yang memegang watak “Detektif Lim” dijatuhi hukuman penjara dua bulan dan denda RM2,000 selepas didapati bersalah terhadap tuduhan mencuri dua buah buku di Mid Valley Megamall, di sini Mac alepas.
